Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris boleh dapatkan di SINI
Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. "Mind Set" kita berfikir Belajar Bahasa Inggeris susah maka susah jadinya..
Penggunaan "This, These, That, Those, Here & There"
Ini adalah asas dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Ramai yang keliru penggunaan "This, These, That, Those, Here & There" ini. Ini asas mudah yang perlu dikuasai.
Perbezaan penggunaan keempat-empat perkataan ini mudah sahaja iaitu Singular dan Plural.
Singular ialah objek yang bilangannya satu.
Plural ialah objek yang bilangannya lebih dari satu (banyak).
Gunakan “this” untuk satu benda atau objek ada di sini (yang dekat dengan kita).
Contoh:This is a book in my hand.
Ini sebuah buku yang berada di tangan saya.
Gunakan “these” untuk objek atau benda yang lebih dari satu, yang berada di sini (dekat dengan kita).
Contoh:These are my friends next to me.
Ini kawan-kawan saya yang berada di sebelah saya.
Gunakan “that” untuk satu benda atau objek ada di sana (yang jauh dengan kita).
Contoh:That is his car over there.
Kereta itu miliknya yang berada di sana.
Gunakan “those” untuk benda atau objek yang lebih dari satu, yang berada di sana (jauh dengan kita).
Contoh: Those are his toys over there.
Itu mainan mereka yang berada di sana.
Gunakan “here” untuk satu benda atau objek yang dekat dengan kita.
Contoh:Here is the pencil in my hand.
Di sini pensil yang berada di tangan saya.
Gunakan “there” untuk satu benda atau objek yang jauh dengan kita.
Contoh:There is the pen next to the lamp.
Di sana pen yang berada di sebelah lampu.
Selain daripada maksud “di sana”, there juga membawa maksud “wujud“. Ia boleh digunakan untuk Singular dan Plural.
Gunakan “there” untuk satu objek (singular) wujud (is).
Contoh: There is (There’s) a table next to the window.
Ada sebuah meja di sebelah tingkap.
Gunakan “there” untuk lebih dari satu objek (plural) yang wujud (are).
Contoh: There are many of my friends at the stadium tonight.
Ada ramai kawan-kawan saya di stadium malam ini.
*Belajar Bahasa Inggeris tidak terlalu susah yang penting anda mempunyai minat menguasai bahasa inggeris.
* Untuk mendapatkan banyak lagi Cara Mudah Belajar Bahasa Inggeris terus ke web rasmi ---->