Rabu, 26 Disember 2012

BAGAIMANA INGGERIS ITU MUDAH



1) Beza HEAR dan LISTEN

HEAR ialah kata kerja yang bermaksud mendengar sesuatu bunyi secara bersahaja.

Sebagai contoh:

She HEARD a noise outside. (HEARD ialah past tense bagi HEAR)
Dia terdengar bunyi bising diluar.

LISTEN pula ialah mendengar dengan teliti.
Semasa di sekolah guru-guru Bahasa Inggeris kita biasa menyebut “ LISTEN here.”, “ LISTEN class.” Jadi, apa yang diminta oleh guru kita itu ialah supaya kita mendengar dengan teliti tentang apa yang ingin disampaikan.


2) GET AROUND

get around – pergi ke banyak tempat (go many places)

It’s easy to get around town with public transportation.
Senang untuk pergi ke banyak tempat dengan pengangkutan awam.

It is hard to get around without a car.
Susah untuk pergi ke banyak tempat tanpa kereta.


3) HAVE TO atau MUST

Have to atau Must?
Bilakah masa & keadaan yang sesuai untuk kita gunakan have dan must to? Ini kerana maksud kedua-duanya kelihatan sama.

Have to
Gunakan have to untuk tanggungjawab atau kegiatan harian.

have to catch a train for work every morning.

Saya kena dapatkan keretapi setiap pagi untuk ke tempat kerja .

Must
Gunakan must untuk pernyataan yang tegas semasa bercakap.

Contoh:

must get going. It’s late!

Saya mesti pergi. Sudah lewat!

Seterusnya jika berminat mendapatkan tips mudah belajar bahasa inggeris terutama bahasa inggeris komunikasi baca seterusnya di sini

KLIK

Selasa, 25 Disember 2012

PENGGUNAAN PERKATAAN DAN PERBEZAAN




1.JUICE UP

Dalam bahasa Inggeris, ada satu frasa yang boleh anda gunakan jika ingin menyatakan yang anda ingin mengecas telefon anda iaitu juice up.

juice up – mengecas (to charge, to charge up)

I need to juice up my phone because the battery’s dead.
Saya perlu mengecas telefon saya kerana baterinya hampir habis.



2.COOL – sejuk biasa-biasa je (tak panas sangat)

Ia membawa maksud sejuk. Namun, walaupun dalam bahasa Melayu maksudnya sama iaitu sejuk, penggunaannya dalam bahasa Inggeris agak BERBEZA.

COOL dan COLD kedua-duanya adalah kata sifat. Yang membezakannya hanya DARJAH KESEJUKANNYA sahaja. COLD adalah lebih sejuk berbanding COOL.

3. COLD 

Sejuk / sangat sejuk (lawan kepada panas – khususnya apabila dibuat perbandingan suhu badan manusia yang tak panas).

Contoh :-

a.cold hands (tangan yang sangat sejuk)

b. You’ll feel cold if you don’t wear a coat. (Kamu akan rasa sangat sejuk jika kamu tak pakai baju sejuk)



Cara Mudah Dan Pantas Belajar Bahasa Inggeris dapatkan di sini 

KLIK

Isnin, 24 Disember 2012

Cara Mudah Dan Cepat Belajar Bahasa Inggeris

Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggerisbermula di dalam minda anda.

 Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya.

Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. 

Satu berita baik untuk anda, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah.

 Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.

Mulai hari ini...

Apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris...

Lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah.

Sekarang,...  apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. 

Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. 

Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.

Banyak lagi tips berguna untuk anda pelajari dengan mudah....

Dapatkannya di SINI

Ahad, 23 Disember 2012

Bahasa Inggeris Menjadi Mudah Dengan Kaedah Ini...


Sesetangah kita bukan tidak tahu untuk Berbahasa Inggeris, tetapi malu..Kenapa?..
Kerana tidak yakin dengan perkataan yang bakal diluahkan kepada orang lain.Kelemahan ini mungkin terjadi  secara semulajadi atau sememangnya kita tidak mahir berbahsa inggeris.

Memang ada beberapa  cara untuk mengatasi masalah ini, tetapi perlu usaha yang keras dan masa yang panjang.Kekadang pun masih berada di posisi lama walaupun dah berulang-ulang kali mencuba.

Sekarang dalam zaman yang serba canggih telah tersedia beberapa kaedah mudah dan pantas tetapi kos agak tinggi.

Kini kami sediakan panduan khusus berbahasa inggeris dengan mudah dan kos yang murah.
Tidak perlu anda memikirkan tentang kon untuk menjadi seorang yang membudayakan bahasa inggeris untuk kehidupan.

Bahasa ini munjadi bahasa dunia dan anda adalah salah seorang penggunanya...

Dapatkan di sini

Selasa, 18 Disember 2012

Bagaimana Cara Berfikir Dengan Cepat Untuk Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris

Apabila bertutur anda perlu berfikir dengan cepat untuk membolehkan anda bertutur dengan lancar. Ini memerlukan anda berfikir ‘dalam’ bahasa inggeris.

Jika anda berfikir dalam bahasa Malaysia kadang-kadang ianya akan melambatkan perututuran anda.Ini kerana anda befikir dulu apa yang anda ingin tuturkan dalam bahasa malaysia sebelum anda menterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. 

Oleh itu akan terdapat kelewatan dalam anda bertutur dalam bahasa inggeris dan lebih buruk lagi jika anda tidak dapat menterjemahkan perkataan bahasa malaysia itu kepada perkataan bahasa inggeris yang sesuai.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda ‘berfikir dalam bahasa inggeris’ ?

Anda kenalah banyak membaca bahan-bahan dalam bahasa inggeris. Anda perlulah ingat dalam mempelajari bahasa inggeris kita sebenarnya banyak meniru atau ‘mimicking’ gaya bahasa orang lain dalam pertututan dan penulisan kita. Janganlah anda merasa malu dan segan jika anda rasa anda cuma meniru cara orang lain.

Sememangnya cara yang terbaik untuk anda mahir bertutur dalam bahasa inggeris ialah dengan meniru gaya percakapan yang betul terutamanya oleh mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Sudah tentu cara yang terbaik ialah berlatih bertutur dengan mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Tapi rasanya tak ramai dari kita yang dapat peluang sebegitu oleh itu berikut adalah beberapa cara yang saya rasa dapat membantu anda untuk bertutur dengan baik.

Sebelum itu elok kita lihat apakah persediaan yang perlu ada sebelum anda boleh bertutur dengan baik.

Antara persediaan yang baik adalah memiliki panduan belajar bahasa inggeris yang mudah difahami dan boleh belajar sendiri di rumah.

Apakah contoh persediaan yang baik untuk belajar bahasa inggeris?

Lihat Di SINI