1) Beza HEAR dan LISTEN
HEAR ialah kata kerja yang bermaksud mendengar sesuatu bunyi secara bersahaja.
Sebagai contoh:
She HEARD a noise outside. (HEARD ialah past tense bagi HEAR)
Dia terdengar bunyi bising diluar.
LISTEN pula ialah mendengar dengan teliti.
Semasa di sekolah guru-guru Bahasa Inggeris kita biasa menyebut “ LISTEN here.”, “ LISTEN class.” Jadi, apa yang diminta oleh guru kita itu ialah supaya kita mendengar dengan teliti tentang apa yang ingin disampaikan.
2) GET AROUND
get around – pergi ke banyak tempat (go many places)
It’s easy to get around town with public transportation.
Senang untuk pergi ke banyak tempat dengan pengangkutan awam.
It is hard to get around without a car.
Susah untuk pergi ke banyak tempat tanpa kereta.
3) HAVE TO atau MUST
Have to atau Must?
Bilakah masa & keadaan yang sesuai untuk kita gunakan have dan must to? Ini kerana maksud kedua-duanya kelihatan sama.
Have to
Gunakan have to untuk tanggungjawab atau kegiatan harian.
I have to catch a train for work every morning.
Saya kena dapatkan keretapi setiap pagi untuk ke tempat kerja .
Must
Gunakan must untuk pernyataan yang tegas semasa bercakap.
Contoh:
I must get going. It’s late!
Saya mesti pergi. Sudah lewat!
Seterusnya jika berminat mendapatkan tips mudah belajar bahasa inggeris terutama bahasa inggeris komunikasi baca seterusnya di sini
KLIK
KLIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan