Belajar Bahasa Inggeris - Cara Komunikasi "Menolak" Permintaan Seseorang
Komunikasi adalah proses menyampaikan maklumat daripada penghantar mesej kepada penerima mesej.
Hari ini saya salurkan sedikit maklumat berkenaan cara komunikasi bahasa inggeris "Menolak Permintaan" seseorang.
Bagaimana untuk anda menolak permintaan atau pelawaan sesorang? Jika sekadar berkata ‘No’ nampak macam simple sangat.
Berikut adalah beberapa contoh perbualan untuk menolak sesuatu pelawaan atau permintaan dengan baik. Selamat mencuba!
I’m afraid I can’t
Saya rasa saya tak boleh
I’m sorry, but I really…
Maafkan saya, saya memang…
Maafkan saya, saya betul-betul…
Thank you for the offer, but I need/have…
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/ terpaksa…
Sorry, but I don’t particularly like
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar…
I’d really/rather not
Kalau boleh, saya tak nak/mahu…
Thank you, but it’s not my idea of…
Terima kasih, tapi perkara ini bukan idea yang baik untuk…
Sorry, I’m not really fond of
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka…
That’s very kind of you, but I really have to
Baik hati betul awak ni, tapi saya memang/terpaksa…
Lebih sopan untuk menyebut thank you atau sorry sebelum menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat dengan 'No' kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.
Contoh pembinaan ayat
1. I’m afraid I can’t join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.
2. I’m sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.
3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.
4. Sorry, but I don’t particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.
5. I’d really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.
6. Thank you, but it’s not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.
7. Sorry, I’m not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.
8. That’s very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.
** Bagaimana dengan contoh komunikasi bahasa inggeris kaedah "Menolak Permintaan" seperti di atas?
** Harap anda dapat sedikit info berguna dan belajar komunikasi bahasa inggeris dengan baik.
** Belajar bahasa inggeris tidak terlalu susah yang penting minat dan motivasi untuk terus belajar bahasa inggeris.
** Dapatkan lebih banyak cara mudah belajar bahasa inggeris di laman rasmi kami --->
Tiada ulasan:
Catat Ulasan