Rabu, 2 April 2014

CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS



Dalam Temuduga Kena BM ke BAHASA INGGERIS?.


Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai:-

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)

Dalam temuduga kerja kerajaan atau swasta, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). 

Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BAHASA INGGERIS. Mungkin bukan 100% BAHASA INGGERIS tapi biasanya dalam 30 – 70 % BAHASA INGGERIS akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam Bahasa Inggeris juga?,,kan dalam sektor awam Bahasa Melayu amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi Bahasa Inggeris juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan –urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. 

Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, Bahasa Inggeris digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa Bahasa Inggeris  penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah “MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan Bahasa Inggeris yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris, maka jawablah dalam Bahasa Inggeris. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya “ What is your name?” anda jawab “name saye Ali bin
Atam…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam Bahasa Inggeris ini adalah “Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat –ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini “ What do you know about satu Malaysia? Please explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam Bahasa Inggeris, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pun pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam Bahasa Inggeris ye? Padahal kita belajar Bahasa Inggeris ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar Bahasa Inggeris tapi tak
reti – reti cakap Bahasa Inggeris…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran Bahasa Inggeris sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan Bahasa Inggeris anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper Bahasa Inggeris setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. Tak faham makna Bahasa Inggeris buka je kamus…jangan malas

3. Dengar lagu Bahasa Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. Tonton movie Bahasa Inggeris – yang ada subtitle BM dan Bahasa Inggeris…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap Bahasa Inggeris dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam Bahasa Inggeris depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pun dah cukup:)

8. Jangan baca buku Bahasa Inggeris yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. Dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan atau swasta, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai Bahasa Inggeris amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..


Sekian,


SAYA CUBA BANTU ANDA...

KLIK:-

http://tinyurl.com/ingerisdisini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan